Download Free Si Kecil Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Si Kecil and write the review.

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja. Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!
TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti. Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan! Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya. Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya! ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya. IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis. Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.
Danisha Sarah terpaksa menjadi ibu ekspres apabila dia menjaga sepasang adik-beradik yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa mereka. Yang dia tahu ibu mereka meninggal dunia. Semakin lama menjaga, dia semakin sayang mereka. Suatu hari, masalah melanda apabila dia mendapat surat daripada peguam. Ayah mereka datang untuk menuntut hak penjagaan. Apa lagi... mengamuklah Danisha. Namun, syarat diberikan iaitu Danisha harus mengahwini lelaki itu. Pada masa yang sama, dia dilamar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu akan memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Pening kepala Danisha sama ada menerima atau tidak lamaran itu dan dia sendiri keliru lelaki yang mana berhak menjadi suaminya.
NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?
Explores verbal and pronominal agreement with imposters from a cross-linguistic perspective. Contributions describe imposters in Bangla, Spanish, Albanian, Indonesian, Italian, French, Romanian, Mandarin and Icelandic.
Pertama kali bertemu Naufal Hadif, hati Arissa panas. Insiden pelanggaran dan berebut roti kopi membuatkan Naufal mula terpaut pada Arrisa. Pertemuan mereka berlanjutan sekali lagi dibakeri milik umi Arissa. Rupa-rupanya umi Arissa sukakan sikap dan peribadi Naufal yang menghormati orang tua. Setiap kali Naufal ke bakeri, pasti pertengkaran bakal tercetus antara dia dan Arissa. Ada saja yang tidak kena. Namun, bila Naufal didekati gadis lain, hati Arissa dijentik rasa cemburu. Kenapa dengan hatinya? Terlebih garam atau terlebih gula. Tambah parah apabila melihat naufal melayan mesra seorang gadis yang cuba mendekatinya. Aduh, hatinya memang sudah tersasar jauh. Arissa sedar, siapalah dirinya untuk digandingkan dengan Naufal yang serba sempurna? Dia hanyalah anak tidak sah taraf yang sering dipandang hina. Apatah lagi, geng ‘buat ketupat’ yang sering membuat hidupnya huru-hara. Mampukah Arissa membina bahagianya bersama Naufal?