Download Free Sebutlah Namaku Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Sebutlah Namaku and write the review.

AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya. Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul. Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.
ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.
SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.
Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. Apabila tiba masanya... “Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” “Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?
DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”
Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu. Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar! Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!.
Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul. Haji Ipin diserang penyakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tapi mulutnya bagai dipasung. Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat yang Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil. Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Mistik tentunya ditentang dengan cara mistik. Zikir, tasbih dan tahmid jadi senjata menentang syaitan laknaktullah. Dalam debar dan gementar, mereka bergelut kerana sebuah dendam
Combi Binti Jofree. Itulah nama yang diberi oleh nendanya. Sewaktu kecil setiap kali Combi diejek dan diusik rakan-rakan, ada Abang Hairell dan rakannya yang mempertahankan Combi daripada gangguan rakan-rakannya. Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya. Meniti kedewasaan, namanya masih lagi menjadi bahan teguran dan usikan. Kerana itulah di rumah, keluarga memanggil Combi ‘adik’. Bila mula berkenalan dengan kenalan lelaki, Combi menggunakan nama Puteri dan lelaki pertama yang disangkanya menambat hatinya dipanggil Prince. Prince lelaki yang bekerja di Singapura dan selalu berulang-alik melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Mereka berkenalan. Abang Combi, Kamarul begitu ‘protected’ terhadap adiknya itu. Pertemuan pertama Combi secara rasmi pun hanya dilakukan di tempat parkir kereta ditemani Kamarul. Tak ada dating-dating itu semua.
Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu? Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja.
Buku ini memberi fokus kepada warisan sakral sama ada yang masih wujud serta diamalkan, mahupun yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat, umumnya di Nusantara. Sakral secara khusus bermaksud suci, mempunyai kuasa khas malah ajaib serta luar biasa, sering dikaitkan dengan hal yang bersifat kudus, transenden, misteri, sempurna dan mempunyai kesan transformatif kepada kehidupan dan takdir masyarakat yang mengamalkan dan menganutinya. Biarpun dunia kini telah semakin maju dan menjunjung tinggi nilai sains dan teknologi dalam kehidupan dan pembangunan negara, hakikatnya masyarakat yang menjadi asas kemajuan itu adalah manusia yang pernah tinggal dan merasai pengalaman sakral yang dilaksanakan dan dipercayai oleh generasi terdahulu. Sakral adalah sebuah pengalaman yang dilalui dan dipelajari secara tidak langsung oleh semua kelompok masyarakat dan wajar untuk dijadikan warisan dan rujukan kepada generasi akan datang tentang konsep “suci” yang pernah menjadi tonggak kepada kebudayaan dan adat istiadat sesebuah masyarakat. Konsep suci ini menyangkut hal-hal yang wajib diterima tanpa bantahan dan diakui benar-benar terjadi tanpa pembuktian dan hanya bersandarkan cerita dan kepercayaan orang tua-tua yang pernah mengalami, mendengar kembali atau mengaitkan amalan tersebut dengan peristiwa dahsyat yang pernah terjadi puluhan tahun malah ribuan tahun sebelumnya. Buku ini mengumpulkan 11 bab yang memberikan fokus kepada pelbagai aspek warisan sakral yang menarik dan luas sifatnya di Nusantara. Penelitian dibuat sekitar pelbagai isu yang melibatkan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Melayu di Selatan Thailand, Bajau Semporna di Sabah, Dusun di Brunei, Mandailing di Medan, Indonesia, Cina di Pulau Pinang, Malaysia dan Tionghua di Jawa Barat, Indonesia. Buku ini merupakan hasil pendokumentasian ketiga kumpulan tujahan Warisan Sakral dengan pengumpulan data kajian yang menghubungjalinkan para penyelidik dari Malaysia dengan rakan-rakan serantau di Thailand, Brunei dan Indonesia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan masyarakat tentang warisan sakral Nusantara yang pelbagai rencam, unik serta menarik sifatnya untuk diperhalusi.