Download Free Rahsia Hati Cinta Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Rahsia Hati Cinta and write the review.

CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta juga membuatkan dia gundah, hati dan mindanya tidak sekata, mahu diikut kata hati atau minda, dia bingung kerana rahsia Cinta terlalu rapi disimpannya. Cinta memberi Ishraf rasa yang berbeza, jika dulu harinya hanya ditemani alam sepi, dia seperti hidup sendiri walau keluarga ada di sekeliling, kini dia sentiasa senyum sendiri, Cinta sentiasa ada di sisi. Tapi kerana Cinta juga dia dibohongi, terasa diri dipermainkan selama ini, kini Cinta seakan sudah mati, tiada lagi di hatinya. Khalil menerima Cinta dengan perasaan hiba dalam gembira, tidak tahu tentang kewujudan Cinta selama ini, hadirnya seperti cahaya yag menerangi hidup, kini dia miliki Cinta. Tiada apa lagi dia perlukan, hidup dan matinya hanya untuk Cinta. Cinta membuatkan dia marah, perasaan benci tidak dapat ditahan lagi, Cinta datang tidak diundang, Cinta tidak diperlukan dalam hidupnya. Sally mula mengatur langkah, Cinta perlu dihapuskan.
Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu. Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya. Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
Pertelingkahan kecil yang bermula dari zaman persekolahan akhirnya menjadikan Aryana dan Haniff teman yang rapat sehingga ke zaman universiti. Namun keakraban hubungan persahabatan mereka bagai musnah apabila Haniff meninggalkan Aryana tanpa sebarang pesan. Pertemuan yang tidak diduga di pinggiran Mediterranean menyatukan kembali hubungan yang dahulunya akrab. Sekalipun kisah Aryana dan Haniff bagai satu hikayat yang panjang, namun hati Aryana telah pun dicuri insan yang bernama Danial. Indahnya musim percintaan Aryana, sayangnya entah sampai bila ia akan berkekalan. Sekali lagi hatinya diuji dengan satu perkataan yang sama. Kejujuran.
Cinta itu suatu rasa yang aneh, unik, sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Datangnya tidak dijemput dan perginya tidak diusir. Uniknya cinta, manusia berasa bahagia ketika menderita. Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN. Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia tidak akan pernah kesal mencintai Hud. “Saya bukan siapa-siapa untuk menyayangi awak. Kalaupun saya, sayang tu takkan kekal. Bila-bila masa saja saya akan pergi dan sayang tu akan hilang. Tapi ada yang akan kekal mengasihi awak sampai bila-bila. DIA TUHAN Yang Esa...” – HUD AIDIT
SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya. Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.
WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.