Download Free Kasihnya Dia Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Kasihnya Dia and write the review.

SEJAK kecil Rina Melati membesar di Rumah Anak-anak Yatim. Nilai-nilai agama diterap dan diamalkan agar dia menjadi muslimah solehah yang berdikari berlandaskan syariat. Namun, dugaan didatangkan ALLAH untuk menguji ketabahannya sebagai hamba. Dalam pencarian mencapai cita-citanya, Rina Melati hampir menjadi mangsa lelaki hidup belang. Muncul Khalid Afandi menjadi penyelamat. Lafaz syukur tidak henti-henti diucapkan. Malang sekali bagi Rina Melati bila Khalid Afandi minta budinya dibalas dengan harga yang cukup murah. Lelaki itu mahu mengeksploitasi kecantikan si gadis dengan memaksanya menjadi model foto tercemar. Kesuciannya diperdagangkan dan Rina Melati terus terperangkap dalam cengkaman lelaki itu. Takdir menemukan gadis itu dengan Umar di dalam kereta api sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth. Sejak itu, nama Umar bersemadi di dalam ingatannya. Kebetulan mereka belajar dalam satu kampus. Dia mengharapkan Umar menjadi teman istimewa untuk membimbingnya kembali ke jalan ILAHI. Malangnya, peristiwa ngeri mendatangi mereka di malam pertemuan. Umar hilang tanpa khabar berita. Begitu juga Khalid Afandi.
Cinta pandang pertama – “Hmm... aku tak percaya pada ungkapan ini sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura... kenapa hati aku rasa lain? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima ajelah.” – Ammar Bakhtiar Tak kenal maka tak cinta – “ Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ni tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!” – Naura Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita...
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga. Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. N Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta. Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?
Lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman macam Fareez, siapa yang tidak terpikat? Semua gadis mahu mendampinginya. Maklumlah... playboy! Perkenalan tiba-tiba dengan Ifa melalui laman chatting membuatkan hati Fareez tercuit. Timbul tanda tanya mengenai gadis misteri itu. Setiap kali disampaikan hasrat ingin bertemu, ada sahaja alasan gadis itu untuk mengelak. Ifa tergelak sendiri dengan idea nakalnya membohongi Fareez. Nama Ifa ditukar jadi Sherry. Kononnya dia keturunan Diraja Kedah. Semua itu sekadar menghiburkan hati. Namun, tidak sangka pula Fareez pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti.
Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran. Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru... Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
WAKTU pertama mata pelajaran sudah lama berlalu. Tingkatan 4A2 Sekolah Menengah Kota Setia sunyi sepi. Para pe­lajar sedang sibuk mem­buat latihan bertulis. Cikgu Salwa, guru tingkatan duduk di kerusi mengambil kedatangan para pelajarnya hari ini. Hanim masih merenung kelakuan rakan di sebelahnya yang amat mengganggu konsentrasinya menulis. Sudah empat kali dia melihat rakannya itu memeriksa beg kain yang dikendongnya. Dia kelihatan resah.
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, "Dia kosong, aku pun kosong" Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju. Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.
MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih. Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.
CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena. Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.