Download Free Hikayat Hang Tuha Atau Hikayat Hang Tua Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Hikayat Hang Tuha Atau Hikayat Hang Tua and write the review.

Karya ini sekali lagi mempamerkan keberanian pengarangnya dalam memberikan tafsiran baru terhadap satu lagi karya klasik agung orang Melayu. Kali ini dengan menggunakan kaedah filologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam secara kritis telah membedah isi kandungan sebuah hikayat yang selama lebih daripada dua abad ternyata salah dibaca dan silap ditransliterasikan ke huruf Rumi oleh para pengkaji Orientalis dan tempatan. Kesalahan zaman-berzaman ini jugalah yang menjadikan hikayat yang masyhur ini telah silap ditafsirkan bukan sahaja dari segi penyebutan nama gelaran Laksamana Melaka yang sebenar, tetapi juga dari segi isi kandungan yang menceritakan petualangan Laksamana yang masyhur itu. Yang menjadi lebih parah lagi ialah selepas kisah legendaris Laksamana itu diceriterakan oleh pengarang Sulalat u’s-Salatin, kisah pengembaraannya yang dilukiskan di dalam Hikayat Hang Tuha telah mempengaruhi pemikiran sebahagian anggota masyarakat dan dipercayai oleh mereka itu sebagai kisah yang benar-benar terjadi dalam sejarah Melaka. Melalui kajian ini pengarang cuba mengajak pembaca agar menilai sendiri karya sastera yang berlatarkan sejarah ini, dan cuba berfikir secara kritis untuk membezakannya dengan sebuah karya sejarah yang lebih tulen mengenai kesultanan Melaka dan Laksamana yang benar-benar wujud pada zaman abad ke-15 dan ke-16.
Saudara YB Steven Sim sudah lama akrab dengan Hang Tuah, wira Malaysia dan Nusantara ini, selalu mengikuti dan menyumbang kepada wacananya, serta menambah sudut pandangannya sebagai warga Malaysia yang moden yang bangga dengan Hikayat besar ini. . . . Saya sangat teruja bahawa Saudara YB Steven Sim, dengan segala ghairahnya, turut menjadikan Hang Tuah simbol “Malaysia Baharu”, simbol untuk semua rakyat Malaysia. Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara Sebagai salah seorang ahli politik-sarjana yang menjadi harapan Malaysia hari ini, keterpesonaan Steven Sim terhadap budaya Melayu dan sejarah Melayu telah sedia masyhur diketahui umum. Dalam mengkaji dan menganalisis fenomena Hang Tuah, Steven Sim mengemukakan persoalan etnografi utama mengenai zaman ketika mana Melaka menguasai budaya dan perdagangan di seluruh laut Nusantara, yang berpotensi mengubah pandangan etno-nasionalistik moden mengenai kerancakan dunia kosmopolitan di mana Hang Tuah bukan sahaja tumbuh “membesar” malah turut “mencorakkannya”. Dato' Dr Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif, Penang Institute Saya yakin ada beberapa orang sahaja pemimpin Melayu yang pernah membaca naskhah ini sehingga selesai. Seseorang pemimpin yang dapat membaca dan menelah fikiran bangsanya akan dapat melakukan yang lebih baik – berkhidmat – dan saya percaya itu sebabnya YB Steven Sim ingin berkongsikan apa yang beliau baca, dan kekagumannya kepada naskhah ini. Dr Faisal Tehrani, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM
Dalam sastera Melayu, tiada sebuah hikayat pun yang cuba atau berjaya melukis jiwa bangsa Melayu secara menyeluruh seperti Hikayat Hang Tuah. Jiwa ini terbelah, terseksa dan dirundung perbalahan yang tidak pernah selesai. Nilai-nilai dipertentangkan – di antara kesetiaan tanpa soalan dan perlawanan yang ingin menyatakan bantahan terhadap raja yang zalim.
“...penerbitan esei-esei ini juga digerakkan oleh rasa tidak senang penulis terhadap beberapa orang yang berlagak sarjana ilmu tawarikh tetapi menulis hal-hal dongeng ciptaannya sendiri yang didakwanya sebagai sejarah, tanpa mengemukakan dalil sahih yang menjadi landasan penulisan ilmu tawarikh atau ilmu sejarah.” Dalam karya terbarunya ini, Prof. Emeritus Ahmat Adam membincangkan zaman silam Melaka dan kaitannya dengan tawarikh bangsa Melayu. Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan beliau, dan antara topik yang dibincangkan ialah penaklukan kesultanan Melayu Melaka oleh bangsa Portugis, perihal Laksamana Melaka yang bergelar Hang Tuha (bukan “Tuah”), dan warisan budaya Nusantara seperti ilmu huruf serta hubungannya dengan permasalahan dan makna huruf al-Qur’an yang sangat mempengaruhi para sarjana zaman dahulu.
Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu? Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja.