Download Free Sana Menanti Sini Merindu Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Sana Menanti Sini Merindu and write the review.

Tiba-tiba saja Kamal Hanafi hendak kahwin! Dia nekad mahu menjadi suami terbaik. Sejak pertemuan secara tidak sengaja, puas dia mencari rumah si gadis. Tidak sangka, Sharina si gadis manis itu adik kepada kawan baiknya sendiri. Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa suka kepada Sharina melalui Hisham. Hisham yang sudah tahu hati budi Kamal, memberi jaminan bahawa adiknya pasti akan hidup bahagia di samping lelaki itu. Sebagai adik yang taat, Sharina setuju mengikut kehendak abangnya. Namun, terselit juga rasa ingin membalas dendam. Kenal pun tidak, macam mana hendak bertentang mata? Kamal Hanafi harus diuji. Selepas hidup bersama, ternyata Kamal suami yang baik, tetapi keluarga mertuanya cukup merimaskan. Kerana rasa sayangnya yang tidak ternilai, Sharina sanggup menjadi mangsa keadaan. “Dalam genggaman rindu, Kamal terus menunggu. Ke bahagiaan yang pernah dikecapi, mungkinkah hadir kembali
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”
Selamba badak! Muka tembok! Perigi cari timba! Sebutlah apa sahaja pun, Effa tidak peduli. Apa pun yang terjadi, hati Putera Kodok harus dimiliki. Siapa Putera Kodok? Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid. Kacak. Kaya. Cukup serba-serbi. Buat Effa mabukkan cintanya siang dan malam. Tapi, harap muka saja handsome... penakutnya bukan main pada SI KODOK! Masalahnya, ego Rayyan tinggi melangit. Sedikit pun dia tidak teringin beristerikan Effa. Tidak mungkin jejaka pujaan Malaya seperti dia memilih minah sengal macam Effa. Simpang malaikat empat puluh empat! Namun, istilah putus asa tidak pernah wujud dalam hidup Effa. Sepuluh langkah Rayyan lari, seribu langkah Effa mengejar. Tragedi melanda melukakan hati Effa. Ternoktahkah cintanya buat Putera Kodok?
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah. Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri. Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa. Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak. Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?
In the early 1990s, the animist and Hindu traces in adat, or Malay custom, became contentious for resurgent Islam in Malaysia. Reclaiming Adat focuses on the filmmakers, intellectuals, and writers who reclaimed adat to counter the homogenizing aspects of both Islamic discourse and globalization in this period. They practised their project of recuperation with an emphasis on sexuality and a return to archaic forms such as magic and traditional healing. Using close textual readings of literature and film, Khoo Gaik Cheng reveals the tensions between gender, modernity, and nation. Khoo weaves a wealth of cultural theory into a rare analysis of Malay cinema and the work of new Malaysian anglophone writers. Reclaiming Adat makes an essential contribution to our knowledge of the complexities embedded in modern Malaysian culture, politics, and identity.
When military violence destroys his childhood and family, reluctant rebel Nazir and his peers rally against the injustice. A village at the center of one of the world's richest oil fields is the setting. This insightful novel reflects the lives of Acehnese who were silenced by crimes against humanity during military operations in Aceh.