Download Free Putera Kodokku Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Putera Kodokku and write the review.

Selamba badak! Muka tembok! Perigi cari timba! Sebutlah apa sahaja pun, Effa tidak peduli. Apa pun yang terjadi, hati Putera Kodok harus dimiliki. Siapa Putera Kodok? Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid. Kacak. Kaya. Cukup serba-serbi. Buat Effa mabukkan cintanya siang dan malam. Tapi, harap muka saja handsome... penakutnya bukan main pada SI KODOK! Masalahnya, ego Rayyan tinggi melangit. Sedikit pun dia tidak teringin beristerikan Effa. Tidak mungkin jejaka pujaan Malaya seperti dia memilih minah sengal macam Effa. Simpang malaikat empat puluh empat! Namun, istilah putus asa tidak pernah wujud dalam hidup Effa. Sepuluh langkah Rayyan lari, seribu langkah Effa mengejar. Tragedi melanda melukakan hati Effa. Ternoktahkah cintanya buat Putera Kodok?
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan. Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan! RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.