Download Free Nah Baca Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Nah Baca and write the review.

'Kusandarkan hati ini untukmu buat selamanya.' Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j. Bekerja dengan Ahmad Uwais bukan sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari mereka, dalam hati masing-masing mula bercambah bibit-bibit cinta.
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”
A thrilling nineteenth-century historical saga of love, war and loss as Poland struggles for freedom from Russian domination.On the Side of Good is Book One of a pan-European trilogy charting the fortunes of the Samojarski dynasty. In 1813 Teofil Samojarski returns from the Napoleonic Wars to Sarenki, his run-down spa in the foothills of the Carpathian Mountains, and sets about its development. The story follows his own fortunes and those of his children, Julek and Franciszka, as they embark on their separate lives across a Europe replete with religious conflicts, passions and romance.
Carl Haikal meninggalkan Kota London dan datang ke Malaysia setelah menjadi yatim piatu. Di Malaysia, Carl menempuh pelbagai cabaran yang tidak pernah terduga olehnya, selain terpaksa berdepan dengan kebencian berpanjangan neneknya terhadap ibu bapanya. Keadaan menjadi semakin sukar apabila dia dikatakan pembawa malang dan penyebab kematian sepupunya, Johari. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan Carl kehilangan arah dan terkapai-kapai mencari tujuan hidup. Ketika dia bergelut dengan cabaran, muncul Batrisya Nur menjadi sumber inspirasi untuknya berhijrah. Siapakah Batrisya Nur? Ke manakah Hijrah Carl? Berjayakah dia?
WALAUPUN lahirnya di ceruk kampung dan tidak berpelajaran, Marfuzah sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna. Dia sering berangan-angan ingin menjadi puteri yang dilamar oleh putera raja. Namun, realiti kadangkala tidak seindah impian. Warna hitam hidupnya bertambah hitam bila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki tua yang juga tidak mempunyai harta. Masa itu dia rasa dunia ini tidak adil padanya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi, sampai bila dia harus ditemani air mata derita? Sebagai wanita, dia berhak untuk hidup bahagia walaupun bahagia seakan tidak tercapai dek tangan.
IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.
CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami. Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi. Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.
PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah. Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.