Download Free Memang Itu Cinta Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Memang Itu Cinta and write the review.

Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya. Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!
ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.
Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.
Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya. Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya. Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai! Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir. Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci! “Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.” “Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”
Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi
Dipanggil temu duga semata-mata untuk mendengar perkataan ‘Anda tidak berjaya’? Sesiapa pun pasti akan marah. Kalau boleh, kerusi meja mahu diterbalikkan! “Huh, jangan sombong! Encik jugak tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua. Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yang nak terima encik jadi menantu. Tak pun, terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati! - Safi Awadah Namun, takdir tetap menemukan dan mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menyampah, peliknya Safi Awadah boleh angau dengan Idan Jauhari! Tidak kisah langsung walau lelaki itu ego, beku dan hampir hendak sama dengan plywood kayu-kayan!
AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.
AKU bercita-cita ingin menjadi se­orang ahli perniagaan yang berjaya. Me­mang itulah impianku sejak kecil lagi. Aku membayangkan suatu hari nanti, aku akan mempunyai rangkaian perniagaan dalam pelbagai jenis sektor. Aku membayangkan, kalaulah aku mempunyai perniagaan membaik pulih kereta yang melibatkan kesemuanya, seperti kedai tayar, aksesori dan mekanikal. Alangkah seronoknya!