Download Free Kau Untukku Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Kau Untukku and write the review.

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula. Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
Kamilia Najwa dan Zainal Arief. pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air...
EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.
Dayang Mas Lafina tidak sanggup bersuamikan lelaki tua bernama Tuan Arman. Namun dia dipaksa jua oleh ibu tirinya demi harta dan wang ringgit. Pilihan hatinya Ezroy Aidid itu nun jauh di mata. Sukar baginya untuk menghubungi Ezroy kerana telefon bimbitnya disimpan oleh ibu tirinya. Bagaimana dia mahu menceritakan penderitaan yang ditanggungnya? Dia nekad pada hari pernikahannya, dia melarikan diri dengan bantuan dua orang sahabat baiknya. Dia cuba mendapatkan perlindungan daripada Ezroy, namun kerana termakan hasutan dan fitnah, lelaki itu menuduhnya pisau cukur. Akibatnya dia telah didera, diseksa dan dihina serta disuruh menjadi pembantu rumah. Pedih pilu hatinya hanya TUHAN yang tahu. Ikutkan marah mahu sahaja dia melarikan diri. Namun bimbang akan dicari orang-orang upahan ibu tirinya, dia rela dirinya ditohmah oleh lelaki yang amat dicintai suatu waktu dahulu sehinggalah suatu hari dia koma setelah menjalani pembedahan akibat penderaan fizikal dan mental yang tidak berkesudahan.
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!
SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
Hirzan Abu... anak kampung yang terusir dari tanah tumpah darahnya sendiri angkara rancangan jahat abang dan kakak tirinya. Dia membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mengubah hidupnya. Akibat terpedaya, akhirnya dia terperangkap di tangan Syed Zainal, ketua pengedar dadah. Sebaik tersedar sudah tersasar jauh, dia mahu kembali ke pangkal jalan. Namun, itu bukan sesuatu yang mudah. Dia dipaksa menjadi keldai dadah dan akhirnya terpenjara di bumi Amerika. Hidup di penjara amat menyeksakan. Kerana satu kejadian, dia berjaya melepaskan diri. Pelariannya membawa dia ke Hong Kong. Di sana, dia menerima kejutan yang tidak disangka. Bersendirian menghadapi dua kumpulan kongsi gelap telah mengubah corak kehidupannya.
A tragic love story. Two souls are entwined timelessly. Strange memories often haunt Leonor. As if she is not herself. As if she has a shadow lover. Or is it all just her mad imagination? She questions her reality. As the story from the past has gradually disturbed her, Leonor gets swept away in a world full of mystery. *** Kisah cinta yang tragis. Dua jiwa yang saling terhubung sepanjang masa. Memori aneh kerap menghantui Leonor. Seakan ia bukan dirinya. Seakan ia memiliki kekasih bayangan. Ataukah itu semua sekedar imaji gila? Realitasnya pun ia pertanyakan. Saat kisah dari masa lalu semakin mengusiknya, Leonor hanyut dalam dunia yang penuh misteri. **Special edition with English translation available on Google Books and Hardcover**
“Oh, Ruth, aku ingin memberimu satu dosis Pollyanna!” “Aku tidak menginginkannya, Della, aku bukan pasienmu yang perlu diberi obat….” “Pollyanna bukan obat, Sayangku, meskipun beberapa orang bilang dia sejenis penambah tenaga. Banyak orang mempraktikkan permainan sukacita yang dilakukannya.” “Permainan sukacita? Sungguh tak lazim!” *** Pollyanna beranjak dewasa, tapi perangainya tak berubah. Ia masih berusaha mempraktikkan permainan sukacita setiap saat. Ia menghadirkan keceriaan di rumah sahabat barunya, Mrs. Ruth Carew, yang dirundung duka akibat kehilangan keponakannya. Namun, masih dapatkah Pollyanna melihat sisi menggembirakan dalam hidup ketika pamannya yang baik hati, Dr. Chilton, meninggal dunia dan perekonomian keluarganya merosot? Mampukah ia menopang dan menghibur Bibi Polly, yang kembali menjadi pemuram dan menarik diri dalam kesedihan? Keberadaan Jimmy Bean, Jamie, dan Sadie di sekitar Pollyanna juga menghadirkan beragam warna dalam hidup gadis itu. Lika-liku persahabatan, keluarga, dan romantika cinta. [Lingkar Pena, Orange Books, Novel, Percintaan, Indonesia]