Download Free Aku Turut Bahagia Book in PDF and EPUB Free Download. You can read online Aku Turut Bahagia and write the review.

"Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.” Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum? Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.
PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
- Merupakan Projek pertama untuk novel Cinta di bawah label Alaf 21. - Projek Cinta Kampus secara dasarnya melibatkan tiga orang penulis iaitu Nurul Syahida, Nurina Feeza dan Qaseh Husna. - Untuk projek pertama ini, genre yang akan diketengahkan ialah ‘Komedi Romantik.’ - Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa santai dan tidak terlalu melankolik.
Penelope Brand dan Zachary Ferguson sepakat menganggap pertemuan kedua mereka hanya akan menjadi kenangan. Namun, takdir mempertemukan mereka kembali. Selain tiba-tiba menjadi klien di perusahaan humasnya, Zach juga mendadak menjadi tunangan pura-puranya. Demi menghindari skandal. Ketika mengetahui ada skandal yang lebih besar di dalam perutnya, Pen tidak lagi menginginkan sandiwara dalam hubungan mereka.
Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka. Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya? Ah, sukarnya membuat pilihan. Namun, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki. Sophie tegar! Kisah ini harus dinoktah.
SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti. Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal. Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!
CINTA yang tidak dilafazkan ibarat luka yang membekam. Sanggup menjeruk perasaan sendiri dengan meng impikan sesuatu yang tidak pasti. Begitulah derita yang ditanggung Rosmila sejak sekian lama. Tetapi, Azli, lelaki pujaannya masih tidak mengerti. Mereka akhirnya berpisah membawa haluan sendiri. Suratan takdir menemukan mereka kembali. Rosmila tetap setia menyimpan rasa. Dia masih berteka-teki tentang perasaan sebenar Azli. Akhirnya, lelaki itu melafazkan bahawa Rosmila adalah rindu dan cinta di hatinya sejak dulu lagi. Namun laut yang tenang, tiba-tiba bergelora diamuk badai. Rosmila ragu-ragu dengan kejujuran Azli. Mulut kata cinta tapi kemesraannya dengan Hidayah, bekas kekasihnya menimbulkan persoalan. Ikhlaskah Azli menerima cintanya? Segala ranjau yang didepani membuatkan Rosmila terfikir sejenak. Sudahkah dia bersedia untuk mendakap cinta yang datang? Atau cinta itu sebenarnya yang cuba menjauh?
SIAPAKAH yang tidak mengenali lelaki ini? Adakah dia Anak Datuk dan Ke Arah Mana Perginya? Bersama Matahari dia diberi Sun­tikan Maut namun berupaya lari dari Cengkaman. Adakah dia se­bagai Aku Anak Wayang atau Orang Ketiga Belas? Bila Da­tang Semangat Si Guntur maka ketika itulah Di Mana Bulan Selalu Retak. Apa benarkah dia turut menyaksikan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman atau hanya mendengar Bicara Tanpa Suara dari Mei Li dan Amy Anuar di Bukit Lalang? Walau apapun, dia mesti melayari Bahtera menuju Api dan Cahaya agar
SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.